PROFIL SEKOLAH





M embangun Potensi Individu Melalui

Pendidikan Berkualiti


                 Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 


1.        Mencapai kelulusan 100% dalam setiap mata pelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR).
2.        100% murid memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
3.        Peningkatan tingkahlaku murid yang cemerlang melalui kurangnya kadar salahlaku murid sekolah ini dan budaya saling hormat menghormati.
4.        Penggunaan sumber secara optimum dan berkesan.
5.        Menjuarai acara pertandingan kokurikulum yang disertai.
6.        100% murid-murid boleh membaca dan menulis Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
7.        100% murid beragama Islam boleh membaca Al-Quran mengikut hukum tajwid. Murid-murid bukan Islam boleh menguasai 100% Pendidikan Moral.
8.        Semua murid mempunyai budaya sosial dan sahsiah yang baik. Masalah disiplin yang berat di sekolah ini adalah pada tahap minimum.




Berilmu dan Berketerampilan

Bahawa kami warga SMK PADANG TEMU dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji untuk Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada :
Murid
   
 

o  Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan seperti dalam jadual waktu.

o  Memberikan layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan menempati konsep kepuasan pelanggan.

o  Memberi peluang kepada semua murid untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

o  Memastikan kebajikan murid diambil tindakan serta merta.


Guru / Staf
      


o  Memastikan segala siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat daripada dua hari dari tarikh surat itu diterima.

o  Memastikan urusan gaji guru / staf tepat pada masanya.

o  Mengadakan sesi perkembangan staf 4 kali setahun.

 
Ibu bapa
    

o  Menyampaikan keputusan peperiksaan tiga minggu selepas peperiksaa

o  Segala aduan dan rayuan secara bertulis diambil tindakan dalam satu minggu.

o  Maklumkan maklumat kebajikan / kes-kes disiplin tidak lewat satu hari.
 

Komuniti
 
  Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.

 

Stakeholder
   


o  Semua aduan pelanggan akan diberi maklum balas tidak lewat dari 3 hari dari tarikh aduan diterima.

o  Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / JPN / KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.

 
Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa terus Pengetua atau hubungi melalui talian 06-2820117

No comments:

Post a Comment